Kor Polis Tentera Diraja
Kor Polis Tentera Diraja

Kor Polis Tentera Diraja

Kor Polis Tentera Diraja adalah sebuah badan yang menjaga dan memelihara undang-undang Angkatan Tentera Malaysia. Walaupun di bawah cabang Tentera Darat Malaysia, tugasnya meliputi ketiga-tiga cabang ATM. Ketua Bagi Kor Polis Tentera ialah Brigedier Jeneral. Setiap cabang ATM ada polis sendiri. PDRM bertindak sebagai sebuah badan yang menjaga dan memelihara undang-undang awam, sementara Polis Tentera untuk tentera sahaja.Setiap Briged TDM terdapat 1 Kompeni KPTD. Terdapat pecahan tugas dalam Polis Tentera antaranya Cawangan Siasatan Jenayah, Cawangan latih, Cawangan Trafik dan Istiadat, dan Cawangan Probos. Tugas Cawangan Siasatan Jenayah (CSJ), Selain menyiasat kes-kes salahlaku jenayah melibatkan anggota tentera, adalah menyediakan kertas siasatan salah laku anggota dan dibentangkan kepada Pegawai Undang-undang Formasi untuk dibuat pendakwaan di Mahkamah Tentera. Namun Cawangan ini (CSJ) Telah diletakkan dibawah Markas Tentera Darat dan sekarang dikenali sebagai 48 CSJ. Tugas Cawangan Latih ialah melatih anggota dan pegawai tentera untuk diserapkan menjadi polis tentera. Pegawai dan anggota Polis Tentera Dilatih di Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja yang terletak di Kem Genting Klang, Kuala Kumpur. Tugas Cawangan Trafik dan Istiadat pula adalah membuat tugas-tugas pengiring bermotosikal untuk orang-orang kenamaan dan Pemerintah Tertinggi Tentera. Tugas Cawangan Probos pula meliputi tugas-tugas am kepolisan, menguatkuasakan undang-undang tentera mengikut Akta Angkatan Tentera 1972. Anggota Polis Tentera menjalankan tugas mengikut Seksyen 93 (5) Akta angkatan tentera 1972.